Tuesday 27 January 2015

Backyard Edible Garden

Sebelum ni semak sangat dah kat belakang rumah aku, penuh lalang, gambar ni lepas 2hari aku jadi tukang kebun bersihkan kawasan... ade la nampak perbezaan sikit sebelum dan selepas kan.. hehe
Bermulalah episod kebun belakang rumah aku ni...



Takde idea macam mana nak buat landskap untuk kebun sekangkang kera aku ni, last2 mintak suami aku belikan batu bata untuk buat raised bed ni...belah2 tepi pagar dan longkang aku selitkan bunga ros jepun/bunga kembang pagi 
jadilah macam ni hasilnye
pic ni masa mula2 tanam, nampak rumput belum bercantum lagi

Bila dah susun2 semua, masukkan cocopeat & tanam anak pokok yg aku dh semai sebelum ni nampak macam kosong pulak, ape lagi ajak encik suami pergi sungai buloh beli rumput... haha puas hati aku dapat kebun yg dah menghijau sikit... 



Ni lepas 2 minggu dah nampak hijau sikit rumput tu..
Sebelah tepi pagar tu aku tanam anggur long white malaga, cekur, pokok bunga kantan, kacang panjang renek, pokok kari, serai, mulberry & daun pandan..

Kat batas pulak aku tanam sawi, kobis, sweet basil & butterhead lettuce...

2 comments:

TukangKebun said...

Cepat juga fill in kebunnya dalam beberapa minggu sahaja.

Unknown said...

salam.. beli rumput tu mahal x? amek yg jenis mana?

Post a Comment

 
Copyright © Natasya Nadia
Blogger Theme by BloggerThemes | Theme designed by Jakothan Sponsored by Internet Entrepreneur