skip to main |
skip to sidebar
Bahan-bahan
2 keping dada ayam - dihiris nipis
3 ulas bawang putih -diketuk
1 ulas bawang putih, 3 ulas bawang merah & 1/2 inci halia - dikisar
2 sudu cili kisar
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu teh sos ikan
sedikit gula kabung
sedikit black pepper
1 batang serai diketuk
1 hiris lengkuas
5 helai daun limau purut
sedikit bunga kobis
1/2 batang lobak merah
3 batang kacang panjang
1 biji tomato- dibelah 4
Cara-cara
Panaskan minyak, tumis bawang putih.. setelah naik bau masukkan bawang-bawang dan halia yang telah dikisar tadi.
Kemudian masukkan serai, lengkuas dan cili kisar.
Setelah cili garing masukkan sos cili, sos tiram dan sos ikan dan gula kabung, kemudian masukkan ayam.
Setelah ayam sedikit masak masukkan pula 1 cawan air dan sedikit black pepper. Bila kuah mendidih dan ayam telah masak, bolehlah masukkan bunga kobis, lobak merah dan kacang panjang.
gaul rata, masukkan garam secukup rasa.
Kemudian masukkan tomato dan daun limau purut.
Tutup api, dan boleh lah dihidang dengan nasi panas
Bahan-bahan
3 ketul ayam - dipotong kecil
1 sudu kecil udang kering - direndam
3 ulas bawang putih - dicincang
1 biji bawang besar - hiris
1 batang serai - dihiris
1 tangkai daun kari
8 biji cili api - dipotong
2 sudu sos tiram
3 sudu kicap pekat manis
1/2 sudu kecil tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
sedikit lada hitam
Cara-cara
Tumiskan bawang putih hingga naik bau. Masukkan udang kering, masak hingga sedikit garing. Kemudian masukkan serai, sos tiram dan kicap. Masak sekejap dan masukkan ayam.
Setelah ayam masak, masukkan lada hitam, cili api, bawang besar dan daun kari. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air tadi. Sedap dimakan panas
Stock Ayam/Sup Ayam
Rebus ayam dengan dengan sedikit lada hitam, 2 ulas bawang putih dan 2 inci halia serta celeri
Asingkan ayam yang sudah masak
Bahan-Bahan Nasi
3 cawan beras basmathi
5 cawan air stock ayam
2 sudu santan
2 sudu marjerin
3 helai daun pandan
5 cm halia
3 sekawan
Cara-cara
Cuci beras dan toskan
Tumis 3 sekawan, halia dan daun pandan, setelah naik bau masukkan beras dan air stock ayam.
Sambung masak di dalam rice cooker
Bila nasi hampir masak, masukkan sedikit garam
Bahan-bahan Ayam
1/2 ekor ayam yang telah direbus dalam stock tadi,
3 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
5 sudu besar kicap
3 sudu besar madu
2 cm halia
2 cm lengkuas
5 tangkai cili kering
Cara-cara
Kisar semua bahan, kemudian perap ayam selama 1 jam.
Bakar ayam selama 5-10minit (ayam mentah 20minit) dengan suhu 180 darjah celsius. Nak goreng pun boleh, sekejap jer, bagi warna kuning2 sikit dah boleh angkat.
Sos Cili
3 tangkai cili merah
2 ulas bawang putih
1 sudu gula
3 sudu air stock ayam
sedikit asam limau
Kisar semua bahan dan masakkan sekejap di atas dapur
Kicap
5 sudu kicap lemak manis
1/2 cawan air stock ayam
Aku biasa pakai bahan2 perapan ayam tadi, masakkan sekejap di atas dapur
Malam ni laki aku cakap taknak makan nasi... so masak kari ayam makan dengan roti jer la...
Resepi Kari Ayam
1/2 ekor ayam - dipotong
5 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1 keping asam gelugur
1 inci halia - hiris
2 hiris lengkuas
1 batang serai - dititik
1 tangkai daun kari
1 batang kulit kayu manis - 2 inci
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 sudu cili kering - dikisar
2 biji ubi kentang
1 packet rempah kari ayam
4 cawan santan dari sebiji kelapa
Cara-cara
Tumiskan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang & buah pelaga, masukkan bawang2, halia, lengkuas dan serai.. Tumis hingga sedikit garing
Kemudian masukkan cili kering yang telah dikisar, setelah garing masukkan pula rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air & daun kari. Masak hingga rempah kari terbit minyak.
Selepas itu masukkan ayam dan ubi kentang, gaulkan rata.. Bila ayam sudah sedikit masak boleh lah masukkan santan.
Perlahankan api dapur, biarkan kari terus mendidih...Masukkan garam, gula dan 1 keping asam gelugur. Kacau sekali sekala, bila kentang sudah empuk boleh lah ditutup api.
Bahan-bahan
1 keping dada ayam
1/2 inci halia
1 sudu tepung jagung
1 sudu tepung beras
2 sudu tepung gandum
sedikit lada sulah dan lada hitam
1 biji telur
garam
Perap ayam dengan 1 sudu lemon, halia, lada hitam dan garam
Cara-cara
Campurkan tepung jagung, tepung beras, tepung gandum, sedikit lada sulah dan lada hitam
Salutkan ayam yang telah dicelup dalam telur dengan tepung2 yang telah dicampurkan tadi
Goreng hingga kekuningan
Bahan-bahan sos lemon
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/4 cawan jus lemon (1 biji)
1 cawan air
stock ayam
sedikit tepung jagung
garam & gula
Cara-cara
Tumis bawang putih hingga wangi, masukkan halia jus lemon, 1 cawan air dan stock ayam
Masak hingga mendidih, perasakan dengan garam dan sedikit gula kemudian masukkan tepung jagung.
Tunggu hingga sedikit pekat
Tapiskan sos lemon dan tuang di atas ayam yang telah digoreng tadi
Bahan-bahan
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sup bunjut
ayam
sawi
kentang
carrot
tofu telur/jepun
garam & gula
Cara-cara
Tumis bawang dan sup bunjut hingga wangi
Masukkan air, ayam, carrot & kentang.. masak hingga empuk
last sekali masukkan sawi & tofu telur yang telah digoreng dahulu
Bahan-bahan
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 thigh boneless
2 sudu besar butter
3 cili padi - hiris
1 tangkai daun kari
1 1/2 cawan susu cair
1 sudu susu pekat/gula
garam secukup rasa
sedikit black pepper
Cara-cara
cairkan butter, tumis bawang putih hingga naik bau
masukkan daun kari,cili padi, bawang besar... kemudian masukkan susu cair, ayam dan bahan2 lain
masak sehingga sedikit pekat