Sunday 15 December 2013

Tauhu Teratai


Bahan-bahan 

10 biji tauhu pok - berbentuk segi empat siap digoreng 

Bahan untuk Inti


3 keping tauhu putih yang lembut - dilecek
100 gram isi udang dicincang
sedikit bawang goreng
sedikit daun sup - dihiris halus 
sedikit serbuk lada sulah & lada hitam


sedikit garam

1 biji telur

Cara-cara 




  1. Tahu Pok di gunting bentuk cross di atasnya, korekkan isi tahu sehingga habis dan terbalikkan. (simpan isi tahu pok untuk dicampur dengan bahan inti)
  2. Masukkan tauhu, udang dan perisakan dengan sedikit serbuk lada sulah, lada hitam dan garam. kacau hingga udang masak
  3. Masukkan bahan yang dimasak tadi, daun sup, telur, bawang goreng serta isi tahu pok yang dikeluarkan tadi
  4. Gaulkan semua bahan hingga sebati. Ambil tauhu bulat2kan dan sumbat dengan ke dalam tauhu pok yang telah dibelah tadi
  5. Panaskan minyak api  sederhana sahaja untuk goreng tenggelam tahu pok yang telah disumbat inti  6. Balik2kan tahu hingga bertukar warna kuning keemasan dan garing. Angkat dan tos tauhu teratai 
  6. Hidangkan bersama thai sos atau sos pilihan anda. Sedap dimakan panas2


0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © Natasya Nadia
Blogger Theme by BloggerThemes | Theme designed by Jakothan Sponsored by Internet Entrepreneur