Sunday 23 February 2014

Kam Heong Ayam

0 comments


Bahan-bahan

3 ketul ayam - dipotong kecil
1 sudu kecil udang kering - direndam
3 ulas bawang putih - dicincang
1 biji bawang besar - hiris
1 batang serai - dihiris
1 tangkai daun kari
8 biji cili api - dipotong
2 sudu sos tiram
3 sudu kicap pekat manis
1/2 sudu kecil tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
sedikit lada hitam

Cara-cara

Tumiskan bawang putih hingga naik bau. Masukkan udang kering, masak hingga sedikit garing. Kemudian masukkan serai, sos tiram dan kicap. Masak sekejap dan masukkan ayam.
Setelah ayam masak, masukkan lada hitam, cili api, bawang besar dan daun kari. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air tadi. Sedap dimakan panas




Pokok Baru di Laman - Blackberry, Avocado, Bunga Telang & Tomato

2 comments
Dah lame mencari pokok ni aritu dekat mardi cameron takde stock, akhirnye dapat jugak.. Balik keje minggu lepas terus pergi rumah pakcik ni beli pokok blackberry ni.. ikut hati nak beli pokok granny smith apple & raspberry sekali.. tapi mahal sangat, nanti2 lah pulak kan.. Harap2 boleh membesar & berbuah la nanti.. :D


Biji avocado ni semai sendiri dari buah yang beli dekat tesco.. dah 4 minggu baru akar yang keluar, pucuk belum muncul lagi. ni berangan nak tanam depan rumah ni, biase orang letak pokok mangga, aku nak letak pokok avocado.. hehe


Anak pokok bunga telang berlapis (double petals) RM1-10biji ni beli dari blog Jual Biji Benih. dari 10 biji benih ade 6 yang bercambah. Yang ni tak berapa ingat pulak hari ke berapa, kalau tak silap seminggu kot..


Tomato ni sebenarnye tumbuh dalam longkang... aritu campak buah tomato ceri kat tepi tu, tak sangka pulak tumbuh dalam longkang... biar jer la



Bunga Ros

0 comments
Yang merah ni Lavaglut Rose



Ni pulak Passionate Kisses Rose



Ni tak pasti nama die pink fairy kot... huhu




Yellow Golden Fleece

0 comments


Ingatkan pokok ni dah nak mati aritu... lepas tambah tanah dalam pasu, tgk2 byk pulak keluar anak die.. sekarang dah mula berbunga semula





Tuesday 18 February 2014

Tomyam Bersantan

0 comments

Bahan-bahan

250gm udang - dibersihkan
250gm sotong - dibersihkan
Cendawan tiram
2 sudu besar cili kisar
10 ulas bawang merah - kisar
10 ulas bawang putih - kisar
Akar ketumbar - diketuk
10 biji padi - diketuk
2 batang serai - diketuk
4 hiris lengkuas
4 hiris halia
4 helai daun limau purut
2 cawan santan + 1 cawan air
1 biji bawang besar - belah 4
2 biji tomato - belah 4
3 sudu besar jus limau nipis
4 tangkai daun ketumbar
sedikit serbuk lada hitam
garam dan gula

Cara- cara

Panaskan minyak, tumis bawang hingga naik bau, kemudian masukkan cili kisar
Setelah pecah minyak, masukkan serai, lengkuas, cili padi dan daun limau purut
Kacau sebati dan masukkan santan, setelah mendidih masukkan udang, sotong, cendawan tiram, bawang, tomato, garam, gula dan sedikit black pepper
Tutup api, masukkan jus limau nipis dan daun ketumbar





Saturday 15 February 2014

Potato Cheese Balls

0 comments

Cheezy Balls sebelum disalut breadcrumb

Cheezy Balls yang telah disalut breadcrumb
Bahan-bahan

2 biji russet potato - apa2 kentang pun boleh, russet besar jadi 2 biji pun da 500gm
Cheese - potong kiub (sy guna cheddar)
1 biji kuning telur
1/2 sudu teh garam
sedikit lada sulah
1 sudu unsalted butter
2 sudu besar susu tepung
Putih telur
Breadcrumb - sy guna warna oren

Cara-cara

Bersihkan kentang, potong bentuk wedges kemudian goreng hingga masak. (kalau nak rebus/kukus pun boleh)
Lenyek kentang hingga halus semasa masih panas. 
Setelah sejuk, masukkan garam, lada sulah, susu tepung, unsalted butter dan kuning telur.
uli adunan hingga rata.
Ambil sedikit adunan ikut saiz yang dikendaki.. Leperkan, masukkan kiub cheese dan bentukkan bebola.
Masukkan bebola ke dalam breadcrumb dan golek-golekkan, masukkan pula dalam putih telur.. Selepas itu masukkan semula ke dalam breadcrumb supaya breadcrumb betul2 melekat pada bebola kentang cheese tadi.
Goreng dalam minyak yang telah dipanaskan dengan api sederhana hingga masak. Potato cheese balls ni goreng tak boleh lama sangat nanti kentang merekah dan cheese meleleh keluar.


Talapia Goreng Berlada

0 comments

Bahan-bahan 

1 ekor ikan Talapia - dibersihkan dan lumur dengan garam, kunyit, black pepper, tepung jagung (goreng)

3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai - dititik
3 sudu cili kisar
3 helai daun limau purut
1 sudu sos ikan
1 sudu sos cili
1 sudu sos tiram

Cara-cara

Tumiskan bawang merah, bawang putih & halia yang telah dikisar. Setelah naik bau masukkan serai dan cili kering, tumis hingga garing.
Masukkan sos cili, sos tiram & sos ikan... Tambahkan sedikit air, masukkan daun limau purut. Kemudian perasakan dengan garam dan gula.
Tuangkan sos yang telah siap ke atas ikan talapia tadi.

Tauhu Lembut Kukus

0 comments
 


Bahan-bahan

1 paket tofu lembut 
1 sudu kecil udang kering
Sedikit black pepper
1 ulas bawang putih - dicincang
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh kicap cair
1/2 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
Daun sup dan bawang goreng untuk hiasan

Cara-cara

Panaskan kukusan, tofu dikeluarkan dari pack dengan berhati-hati dan dimasukkan dalam bekas tahan panas. Kukus selama 5 minit. 
Sementara tunggu tofu masak, bolehlah siapkan sos

Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau, masukkan udang kering.. Kacau sebentar, kemudian masukkan sos tiram, kicap pekat kicap cair & minyak bijan.
Kacau rata dan masukkan air
Setelah mendidih kecilkan api, masukkan bancuhan tepung jagung.. Kacau hingga kuah pekat, masukkan sedikit black pepper. Perasakan dengan garam dan gula.

Tuangkan sos yang telah siap di atas tofu yang telah masak. Hidangkan bersama bawang goreng dan daun sup




Friday 14 February 2014

Bunga Eustoma

0 comments
Dah lama tanam bunga ni, ingatkan tak boleh hidup kat sini... cume tak boleh panas sangat.. ni letak kat bawah pokok anggur...


Thursday 13 February 2014

Kebun Mini

1 comments
Burung buat sarang dekat pokok anggur... 


Semakin semak dan tak terjaga.. dah lama terabai, rumput pun tak potong, tapi nasib baik bunga ros ni tak merajuk walaupun tak terjaga sentiasa rajin berbunga...
Tapi ni tak tau nama, rasenye fairy rose..





Ni kategori puding kot, lebih buat hand bouquet dulu cucuk jer dalam pasu.. yang terselit tepi die tu aster putih (biase orang panggil peacock). 


Pokok pudina, sangat senang jaga.. cuma kene rajin trim jer



Tinggal banyak ni jer daun kesum... separuh dah bawak balik kampung and bagi cousin, tapi ni kejap jer, nanti semak balik.. huhu


Ini walking iris... bunga die kaler oren bentuk cam bunga orkid. belakang die tu desert petunia purple, bunga die kembang lepas subuh sampai asar jer, lepas tu gugur..esok keluar lagi yang lain.. berbunga memang tak putus2..



Angelonia ni kesayangan... tanam penuh2 tepi pagar... hehe


Sunday 2 February 2014

Nasi Lemak Pandan/Hijau

0 comments
Masak nasi lemak lagi... encik suami request nak nasi lemak pandan.




1 biji kelapa - dapatkan 2 1/2 cawan santan (untuk nasi) + 1 cawan santan (untuk sambal ikan bilis)

Bahan-bahan Nasi Lemak

2 1/2 cawan beras
2 1/2 cawan santan
10 helai daun pandan (blender dengan 1/2 cawan air dan ditapis)
1 inci halia (hiris nipis)
1 sudu kecil garam dan gula

Bersihkan beras & toskan. Masukkan santan, air pandan yang telah ditapis, halia dan beras ke dalam rice cooker. Masukkan juga gula dan garam. Masak dalam rice cooker sehingga masak (boleh juga dikukus)


Sambal Ikan Bilis Bersantan



1 cawan ikan bilis
cawan santan
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1/2 inci halia
Sedikit gula melaka dan garam
5 sudu besar cili kering (kisar)
Sedikit air asam jawa

Blender bawang merah, putih dan halia dengan sedikit air.
Panaskan minyak masak, tumis bahan yang telah diblend. Kemudian masukkan cili kering. Masak hingga naik wangi & garing. Masukkan air asam jawa, gula melaka dan garam dan masukkan ikan bilis. Kemudian masukkan santan dan bawang besar yang dihiris bulat. Pastikan sambal ikan bilis naik minyak barulah ditutup apinya.

Boleh dihidangkan dengan bahan2 sampingan lain seperti telur rebus, kacang tanah, ikan bilis goreng dan timun

Ubi Kentang Goreng Berlada Rangup

0 comments

Bahan-bahan

2 biji kentang - sy guna russet potato besar
3 sudu cili kisar
3 ulas bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
Ikan bilis - goreng (takde stock)
Kacang tanah - goreng (takde stock)
Sedikit gula melaka
Sedikit asam jawa
Garam secukup rasa

Cara-cara

Bersihkan ubi kentang. Hiriskan nipis-nipis macam buat kerepek
Panaskan minyak dan goreng kentang yang telah di slice tadi. Masukkan sekeping2 supaya tidak melekat.
Goreng dengan api sederhana, kacau selalu supaya tidak melekat. Setelah garing, angkat dan toskan.

Untuk sambal

Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar tadi.
Setelah naik bau, masukkan cili kisar tadi. Tumis hingga naik minyak dan garing
Perasakan dengan gula, garam dan asam jawa.
Apabila sambal dan kentang sudah sejuk, barulah digaulkan untuk mengekalkan kerangupan kentang tadi.. Lagi sedap ditambah dengan ikan bilis halus dan kacang tanah (tapi saya takde stock)


Kailan Ikan Masin

0 comments

Bahan-bahan

1 ikat kailan
Sedikit ikan masin talang/tenggiri
3 ulas bawang putih - dicincang
1 sudu sos tiram
2 sudu olive oil

Cara-cara

Panaskan minyak, goreng ikan masin hingga separa garing. Angkat dan hancurkan
Dengan minyak tadi, tumiskan bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan sos tiram dan sedikit air
setelah mendidih baru masukkan ikan masin dan kailan.
Masak sebentar saja supaya sayur tidak terlalu layu.



Ikan Patin Masak Tempoyak

0 comments

Ikan patin sangkar ni beli masa balik kampung baru ni.. Patin sangkar dekat pekan sehari Temerloh..
Senang beli kat sini diorg potong siap2, balik cuci boleh terus masak.. Selama dok ke Selangor tak pernah makan ikan talapia/patin kat kedai sebab takut yang kolam punye.. Tak suke dengan rase ikan kolam..


Daun kesum dan kunyit hasil tanam sendiri kat depan rumah :)
Sayang pokok cili dah mati sebab banyak sangat ulat yang putih2 tu..



Bahan-bahan

1 ekor ikan patin
*1/2 inci kunyit hidup
*12 biji cili api
*2/3 biji cili merah
*1 senduk tempoyak
3 keping asam keping
sedikit daun kesum
1 kuntum bunga kantan
Garam & gula secukup rasa

Cara-cara

Blend semua bahan bertanda * dengan 2 1/2 atau 3 cawan air... Kalau suka pekat boleh lebihkan tempoyak.
Masakkan semua bahan yang di blend tadi di atas api yang sederhana hingga mendidih


Lepas blend kuah nampak pucat sikit, tapi jangan tambah kunyit pulak. Masukkan asam keping dan bunga kantan


Bila kuah sudah mendidih dia akan bertukar jadi warna kuning pekat, baru cantik warnanya kan.. Bolehlah masukkan ikan dan daun kesum gunakan api sederhana/kecil supaya kulit ikan tak mengelupas. Masak sebentar hingga ikan masak, boleh lah dihidang dengan nasi panas



 
Copyright © Natasya Nadia
Blogger Theme by BloggerThemes | Theme designed by Jakothan Sponsored by Internet Entrepreneur