Showing posts with label Resepi Dessert. Show all posts
Showing posts with label Resepi Dessert. Show all posts

Saturday, 1 March 2014

Homemade Kaya Pandan

0 comments


Bahan-bahan

3 biji telur grade A
250gm gula pasir
350ml santan - setengah biji kelapa parut
10-15 helai daun pandan ikut saiz - blend utk dapatkan pati

Cara-cara

Blend daun pandan dan kelapa parut dengan 350ml air.. Tapis dan ketepikan
Pukul telur dan gula dengan whisk hingga sebati (tidak terlalu kembang) - boleh juga gunakan blender
Satukan semua bahan tadi dalam periuk dan masak dengan api sederhana dengan cara double boiler
Kacau selalu supaya kaya tidak berketul ketul
Masak hingga kaya pekat, atau ikut kepekatan citarasa sendiri
Setelah kaya betul-betul sejuk baru masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk 


Daun pandan ni kecik2 sket daunnye, jadi guna 15 helai


Ni double boiler caraku.. hehe periuk yang diisi air sebelah bawah, mangkuk steel sebelah atas...


Sunday, 19 January 2014

Avocado atau alpukat

0 comments
 


Bahan-bahan

1 biji buah avocado masak (sedikit hitam)
2 sudu besar gula 
3 sudu besar susu pekat
3 sudu besar susu cair
5 ketul ais
100ml air sejuk
Sirap coklat

Cara-cara

Potong avocado secara membujur - ambil isi 
Masukkan semua bahan kecuali coklat dalam blender - blend hingga halus
Setelah siap boleh lah diletakkan sedikit coklat




Sunday, 5 January 2014

Tart Buah

0 comments


Bahan2 tart shell

250gm tepung halus
60gm gula icing
125gm butter 
1 biji kuning telur - dipukul
1/2 sudu teh esen vanilla

Pukul butter dengan gula hingga kembang
Masukkan kuning telur, esen vanilla dan secubit garam, pukul lagi
Kemudian masukkan masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul guna tangan.
Rehatkan sekejap, selepas tu bolehlah masukkan ke dalam acuan tart.
Bakar dalam oven dengan suhu 180C selama 25 minit.
Sejukkan sebelum diisikan dengan filling, atau boleh lah disimpan dalam bekas kedap udara.

Bahan2 kastard

1 cawan susu segar/susu cair
1 1/2 sudu besar tepung kastard
1 1/2 sudu besar gula halus
1 sudu teh asen vanilla
1 sudu besar butter
secubit garam

Campurkan semua bahan2 di atas, masakkan di atas dapur.
Filling kan ke dalam tart shell tadi.
Boleh hiaskan dengan buah-buahan 


Tuesday, 17 December 2013

Cheesekut

0 comments

Bahan-bahan

1 packet biskut deluxe crakers hup seng (original)
1/3 tin susu pekat
250gm cream cheese
1 sudu kecil esen vanilla
Susu full cream/fresh
Sedikit nestum

Cara-cara

Pukul cream cheese hingga kembang
Masukkan 1/3 tin susu pekat & 1 sudu esen vanilla, putar sedikit...
Masukkan pula 2 sudu susu segar, pastikan bancuhan tidak terlalu cair atau pekat
Ambil biskut dan celup dalam susu segar tadi, jangan lama sangat just nak bagi biskut serap susu sedikit
Kemudian susunkan 1 lapisan dalam loyang, lepas tu sapukan cream cheese dan taburkan nestum..
buat layer demi layer hingga agak2 balance cream cheese untuk topping agak tebal sikit
Atas sekali taburkan nestum untuk hiasan
Simpan dalam peti sejuk semalaman...



Sunday, 15 December 2013

Pancake

0 comments

Bahan-bahan

150gm tepung gandum
1/2 sudu baking powder
100ml susu segar
1sudu besar butter cair
1 biji telur
1 sudu besar gula
secubit garam

Cara-cara

Pukul semua bahan di atas hingga kembang. Rehatkan 15minit sebelum dimasak
Lenserkan pan dengan butter/minyak
Tuangkan sesenduk adunan dalam kuali pancake (kalau takde, pan biasa pun boleh)
Masak sehingga keluar gelembung-gelembung udara & tunggu hingga gelembung udara pecah, bolehlah terbalikkan pancake.
Boleh dihidang dengan favourite syrup - choclate, honey, butter, maple atau icecream



Jem Strawberry

0 comments

Bahan-bahan

500g strawberry
500g gula

Cara-cara

masukkan strawberry dan gula dalam kuali... masak sehingga pekat



Trifle

0 comments

Bahan-bahan

swiss roll/chiffon cake
1 tin buah2an dalam tin
1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula + 4 sudu tepung custard
jem strawberry
jelly crystal nona konyaku
whipping cream/yogurt/ice cream vanilla 

1st layer
guna swiss roll/chiffon cake - apa2 perisa pun boleh ikut citarasa
susun kek rapat untuk base, lepas tu renjiskan sikit air buah2an dalam tin (untuk lembapkan kek)
Sapukan jem strawberry

2nd layer custard
1 tin susu cair
1 tin air
7 sudu gula
4 sudu tepung custard
sejukkan, bile dah keras sikit taburkan buah2an dalam tin atasnye

3rd layer jelly crystal 
sy guna jelly crystal nona sejukkan - cara buat ikut arahan di kotak

4th layer whipping cream/yogurt/ice cream vanilla 
Pukul whipping cream hingga gebu dengan sedikit gula & esen vanilla

 
Copyright © Natasya Nadia
Blogger Theme by BloggerThemes | Theme designed by Jakothan Sponsored by Internet Entrepreneur