Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts
Tuesday, 27 January 2015
Roti Daging Berlapis Cheese
Bahan-bahan
12 keping roti
3 biji telur ayam gred A
200ml susu segar
8 keping slice cheese
Inti Daging
300gm daging cincang
3 ulas bawang puting - cincang
1 labu bawang besar - dadu
1 sudu teh lada hitam - ditumbuk halus
daun sup - hiris
garam dan gula
Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga kekuningan
Masukkan daging, masak hingga daging empuk
Kemudian masukkan lada hitam, garam dan gula secukup rasa
Setelah air daging kering dan empuk, tutup api masukkan daun sup dan biarkan sejuk seketika
Sediakan loyang/bekas pembakar
Sapukan butter pada loyang supaya tak melekat
Dalam bekas lain - masukkan telur, susu dan garam kacau hingga sebati
Ambil roti, celupkan dalam adunan susu dan telur tadi sekeping demi sekeping
Susun dalam loyang supaya jadi 1 lapisan
Kemudian taburkan inti daging tadi
Selepas itu, lapiskan pula dengan slice cheese
Ulang step yang sama sehingga roti habis
Balance susu curahkan dalam loyang tadi
Untuk lapisan terakhir taburkan inti daging dan kalau ada grated cheese bolehlah taburkan sekali
Bakar dalam oven dengan suju 170-180C selama 40-45minit
Wednesday, 15 October 2014
Salad
Kemalasan melanda... tinggal sorg2 kat rumah memang takde la nk masak nasi.. ni jela paling cepat & senang nk buat
Bahan-bahan
Butterhead lettuce - potong kecil
1 keping meatloaf - pan grill hingga masak/garing
1 keping cheese
1 sudu lemon jus
1 sudu olive oil
Mayonis
Thousand island
Croutons (sy takde stok ni)
Campurkan semua bahan dan gaul rata
Thursday, 9 October 2014
Nasi Dagang
Bahan-bahan
2 cawan beras biasa
1/2 cawan beras pulut
1 cawan santan cair
1 - 1 1/2 cawan santan pekat
1 sudu besar halba
1 inci halia - hiris nipis
3 ulas bawang merah - hiris
garam
gula
Cara-cara
Beras dicampur dengan beras pulut (rendam 8 jam atau semalaman)
*kalau tak sempat 2-4 jam pun ok
Kukus beras yang telah dicampur tadi selama 20 minit
Angkat dan gaulkan dengan santan cair (campurkan sedikit garam dan gula) hingga rata, biarkan seketika hingga meresap. Kemudian masukkan lagi santan cair, buat hingga habis.
Kukus semula selama 20 minit lagi, setelah siap angkat nasi masukkan santan pekat dan gaulkan hingga rata. Jika nasi sudah elok lembut tak perlu habiskan santan pekat
Hidang bersama gulai ikan tongkol dan acar (sy takde rempah gulai nasi dagang, jadi buat kari ikan tenggiri jer)
Saturday, 7 June 2014
Laksa Johor
Bahan-bahan
1 kg ikan parang/tenggiri/kembung
100gm udang basah
50gm udang kering
10gm isi ikan kurau masin - dibakar
spaghetti - direbus
Bahan Kisar
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
2 batang serai
2 keping asam gelugur
Santan dari 1 biji kelapa
2 sudu besar kerisik
4 sudu besar rempah kari ikan
Bahan Sampingan
10 biji limau kasturi
1 biji timun
Tauge kasar
2 biji bawang besar
2 biji cili merah dan hijau
Daun kesum dan daun selasih - hiris halus
Sambal Belacan
6 biji lada merah
30 gm belacan bakar
1 biji bawang merah
Garam
Cara-cara
Rebus ikan, udang, udang kering dan ikan kurau masin yang telah dibakar tadi.
Kemudian, asingkan tulang ikan.. Blend isi ikan, dan semua bahan2 yang direbus tadi dengan air rebusan.
Pastikan air rebusan tidak terlalu banyak supaya kuah tidak terlalu cair
Tumiskan bahan-bahan kisar (bawang, serai etc) hingga naik bau. Kemudian masukkan rempah kari yang telah dicampur sedikit air (jadikan pes). Tumis hingga pecah minyak, kemudian masukkan ikan dan udang yang telah diblend tadi. setelah sedikit rata, masukkan kerisik, santan serta asam keping. perasakan dengan garam dan gula.
Thursday, 8 May 2014
Roti Jala
Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 1/2 cawan air/susu segar/santan kelapa
sedikit kunyit/pewarna kuning
campurkan semua bahan (di blend)
biarkan adunan selama setengah jam sebelum menjala
Wednesday, 5 March 2014
Paprik
Bahan-bahan
2 keping dada ayam - dihiris nipis
3 ulas bawang putih -diketuk
1 ulas bawang putih, 3 ulas bawang merah & 1/2 inci halia - dikisar
2 sudu cili kisar
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu teh sos ikan
sedikit gula kabung
sedikit black pepper
1 batang serai diketuk
1 hiris lengkuas
5 helai daun limau purut
sedikit bunga kobis
1/2 batang lobak merah
3 batang kacang panjang
1 biji tomato- dibelah 4
Cara-cara
Panaskan minyak, tumis bawang putih.. setelah naik bau masukkan bawang-bawang dan halia yang telah dikisar tadi.
Kemudian masukkan serai, lengkuas dan cili kisar.
Setelah cili garing masukkan sos cili, sos tiram dan sos ikan dan gula kabung, kemudian masukkan ayam.
Setelah ayam sedikit masak masukkan pula 1 cawan air dan sedikit black pepper. Bila kuah mendidih dan ayam telah masak, bolehlah masukkan bunga kobis, lobak merah dan kacang panjang.
gaul rata, masukkan garam secukup rasa.
Kemudian masukkan tomato dan daun limau purut.
Tutup api, dan boleh lah dihidang dengan nasi panas
Saturday, 1 March 2014
Homemade Kaya Pandan
Bahan-bahan
3 biji telur grade A
250gm gula pasir
350ml santan - setengah biji kelapa parut
10-15 helai daun pandan ikut saiz - blend utk dapatkan pati
Cara-cara
Blend daun pandan dan kelapa parut dengan 350ml air.. Tapis dan ketepikan
Pukul telur dan gula dengan whisk hingga sebati (tidak terlalu kembang) - boleh juga gunakan blender
Satukan semua bahan tadi dalam periuk dan masak dengan api sederhana dengan cara double boiler
Kacau selalu supaya kaya tidak berketul ketul
Masak hingga kaya pekat, atau ikut kepekatan citarasa sendiri
Setelah kaya betul-betul sejuk baru masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk
Daun pandan ni kecik2 sket daunnye, jadi guna 15 helai
Ni double boiler caraku.. hehe periuk yang diisi air sebelah bawah, mangkuk steel sebelah atas...
Pais Ikan Patin
Bahan-bahan
1 ekor ikan patin - ni kerat 2 sebab besar sangat*1/2 inci kunyit hidup
*12 biji cili api
*4 sudu tempoyak
2 tangkai daun kesum
1 helai daun kunyit
3 helai daun kaduk
1/2 kuntum bunga kantan
sedikit garam & gula
daun pisang & aluminium foil untuk membungkus ikan
Cara-cara
Blendkan semua bahan yang bertanda * dengan sedikit air (1/2 cawan air)
Hiriskan halus daun kesum, daun kunyit, daun kaduk & bunga kantan
Gaulkan dengan bahan yang diblend tadi
Ratakan pada ikan dan bungkus dengan daun pisang & aluminium foil
Bakar hingga masak (lebih kurang setengah jam)
*takde gambar dah masak sebab xsempat nak snap lagi ikan dah kene makan.. :)
Sunday, 23 February 2014
Kam Heong Ayam
Bahan-bahan
3 ketul ayam - dipotong kecil
1 sudu kecil udang kering - direndam
3 ulas bawang putih - dicincang
1 biji bawang besar - hiris
1 batang serai - dihiris
1 tangkai daun kari
8 biji cili api - dipotong
2 sudu sos tiram
3 sudu kicap pekat manis
1/2 sudu kecil tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
sedikit lada hitam
Cara-cara
Tumiskan bawang putih hingga naik bau. Masukkan udang kering, masak hingga sedikit garing. Kemudian masukkan serai, sos tiram dan kicap. Masak sekejap dan masukkan ayam.
Setelah ayam masak, masukkan lada hitam, cili api, bawang besar dan daun kari. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air tadi. Sedap dimakan panas
Tuesday, 18 February 2014
Tomyam Bersantan
Bahan-bahan
250gm udang - dibersihkan
250gm sotong - dibersihkan
Cendawan tiram
2 sudu besar cili kisar
10 ulas bawang merah - kisar
10 ulas bawang putih - kisar
Akar ketumbar - diketuk
10 biji padi - diketuk
2 batang serai - diketuk
4 hiris lengkuas
4 hiris halia
4 helai daun limau purut
2 cawan santan + 1 cawan air
1 biji bawang besar - belah 4
2 biji tomato - belah 4
3 sudu besar jus limau nipis
4 tangkai daun ketumbar
sedikit serbuk lada hitam
garam dan gula
Cara- cara
Panaskan minyak, tumis bawang hingga naik bau, kemudian masukkan cili kisar
Setelah pecah minyak, masukkan serai, lengkuas, cili padi dan daun limau purut
Kacau sebati dan masukkan santan, setelah mendidih masukkan udang, sotong, cendawan tiram, bawang, tomato, garam, gula dan sedikit black pepper
Tutup api, masukkan jus limau nipis dan daun ketumbar
Saturday, 15 February 2014
Potato Cheese Balls
| Cheezy Balls sebelum disalut breadcrumb |
| Cheezy Balls yang telah disalut breadcrumb |
2 biji russet potato - apa2 kentang pun boleh, russet besar jadi 2 biji pun da 500gm
Cheese - potong kiub (sy guna cheddar)
1 biji kuning telur
1/2 sudu teh garam
sedikit lada sulah
1 sudu unsalted butter
2 sudu besar susu tepung
Putih telur
Breadcrumb - sy guna warna oren
Cara-cara
Bersihkan kentang, potong bentuk wedges kemudian goreng hingga masak. (kalau nak rebus/kukus pun boleh)
Lenyek kentang hingga halus semasa masih panas.
Setelah sejuk, masukkan garam, lada sulah, susu tepung, unsalted butter dan kuning telur.
uli adunan hingga rata.
Ambil sedikit adunan ikut saiz yang dikendaki.. Leperkan, masukkan kiub cheese dan bentukkan bebola.
Masukkan bebola ke dalam breadcrumb dan golek-golekkan, masukkan pula dalam putih telur.. Selepas itu masukkan semula ke dalam breadcrumb supaya breadcrumb betul2 melekat pada bebola kentang cheese tadi.
Goreng dalam minyak yang telah dipanaskan dengan api sederhana hingga masak. Potato cheese balls ni goreng tak boleh lama sangat nanti kentang merekah dan cheese meleleh keluar.
Talapia Goreng Berlada
Bahan-bahan
1 ekor ikan Talapia - dibersihkan dan lumur dengan garam, kunyit, black pepper, tepung jagung (goreng)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai - dititik
3 sudu cili kisar
3 helai daun limau purut
1 sudu sos ikan
1 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
Cara-cara
Tumiskan bawang merah, bawang putih & halia yang telah dikisar. Setelah naik bau masukkan serai dan cili kering, tumis hingga garing.
Masukkan sos cili, sos tiram & sos ikan... Tambahkan sedikit air, masukkan daun limau purut. Kemudian perasakan dengan garam dan gula.
Tuangkan sos yang telah siap ke atas ikan talapia tadi.
Tauhu Lembut Kukus
Bahan-bahan
1 paket tofu lembut
1 sudu kecil udang kering
Sedikit black pepper
1 ulas bawang putih - dicincang
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh kicap cair
1/2 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
Daun sup dan bawang goreng untuk hiasan
Cara-cara
Panaskan kukusan, tofu dikeluarkan dari pack dengan berhati-hati dan dimasukkan dalam bekas tahan panas. Kukus selama 5 minit.
Sementara tunggu tofu masak, bolehlah siapkan sos
Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau, masukkan udang kering.. Kacau sebentar, kemudian masukkan sos tiram, kicap pekat kicap cair & minyak bijan.
Kacau rata dan masukkan air
Setelah mendidih kecilkan api, masukkan bancuhan tepung jagung.. Kacau hingga kuah pekat, masukkan sedikit black pepper. Perasakan dengan garam dan gula.
Tuangkan sos yang telah siap di atas tofu yang telah masak. Hidangkan bersama bawang goreng dan daun sup
Sunday, 2 February 2014
Nasi Lemak Pandan/Hijau
Masak nasi lemak lagi... encik suami request nak nasi lemak pandan.
1 biji kelapa - dapatkan 2 1/2 cawan santan (untuk nasi) + 1 cawan santan (untuk sambal ikan bilis)
Bahan-bahan Nasi Lemak
2 1/2 cawan beras
2 1/2 cawan santan
10 helai daun pandan (blender dengan 1/2 cawan air dan ditapis)
1 inci halia (hiris nipis)
1 sudu kecil garam dan gula
Bersihkan beras & toskan. Masukkan santan, air pandan yang telah ditapis, halia dan beras ke dalam rice cooker. Masukkan juga gula dan garam. Masak dalam rice cooker sehingga masak (boleh juga dikukus)
Sambal Ikan Bilis Bersantan
1 cawan ikan bilis
1 cawan santan
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1/2 inci halia
Sedikit gula melaka dan garam
5 sudu besar cili kering (kisar)
Sedikit air asam jawa
Blender bawang merah, putih dan halia dengan sedikit air.
Panaskan minyak masak, tumis bahan yang telah diblend. Kemudian masukkan cili kering. Masak hingga naik wangi & garing. Masukkan air asam jawa, gula melaka dan garam dan masukkan ikan bilis. Kemudian masukkan santan dan bawang besar yang dihiris bulat. Pastikan sambal ikan bilis naik minyak barulah ditutup apinya.
Boleh dihidangkan dengan bahan2 sampingan lain seperti telur rebus, kacang tanah, ikan bilis goreng dan timun
Ubi Kentang Goreng Berlada Rangup
Bahan-bahan
2 biji kentang - sy guna russet potato besar
3 sudu cili kisar
3 ulas bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
Ikan bilis - goreng (takde stock)
Kacang tanah - goreng (takde stock)
Sedikit gula melaka
Sedikit asam jawa
Garam secukup rasa
Cara-cara
Bersihkan ubi kentang. Hiriskan nipis-nipis macam buat kerepek
Panaskan minyak dan goreng kentang yang telah di slice tadi. Masukkan sekeping2 supaya tidak melekat.
Goreng dengan api sederhana, kacau selalu supaya tidak melekat. Setelah garing, angkat dan toskan.
Untuk sambal
Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar tadi.
Setelah naik bau, masukkan cili kisar tadi. Tumis hingga naik minyak dan garing
Perasakan dengan gula, garam dan asam jawa.
Apabila sambal dan kentang sudah sejuk, barulah digaulkan untuk mengekalkan kerangupan kentang tadi.. Lagi sedap ditambah dengan ikan bilis halus dan kacang tanah (tapi saya takde stock)
Kailan Ikan Masin
Bahan-bahan
1 ikat kailan
Sedikit ikan masin talang/tenggiri
3 ulas bawang putih - dicincang
1 sudu sos tiram
2 sudu olive oil
Cara-cara
Panaskan minyak, goreng ikan masin hingga separa garing. Angkat dan hancurkan
Dengan minyak tadi, tumiskan bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan sos tiram dan sedikit air
setelah mendidih baru masukkan ikan masin dan kailan.
Masak sebentar saja supaya sayur tidak terlalu layu.
Ikan Patin Masak Tempoyak
Ikan patin sangkar ni beli masa balik kampung baru ni.. Patin sangkar dekat pekan sehari Temerloh..
Senang beli kat sini diorg potong siap2, balik cuci boleh terus masak.. Selama dok ke Selangor tak pernah makan ikan talapia/patin kat kedai sebab takut yang kolam punye.. Tak suke dengan rase ikan kolam..
Daun kesum dan kunyit hasil tanam sendiri kat depan rumah :)
Sayang pokok cili dah mati sebab banyak sangat ulat yang putih2 tu..
Bahan-bahan
1 ekor ikan patin
*1/2 inci kunyit hidup
*12 biji cili api
*2/3 biji cili merah
*1 senduk tempoyak
3 keping asam keping
sedikit daun kesum
1 kuntum bunga kantan
Garam & gula secukup rasa
Cara-cara
Blend semua bahan bertanda * dengan 2 1/2 atau 3 cawan air... Kalau suka pekat boleh lebihkan tempoyak.
Masakkan semua bahan yang di blend tadi di atas api yang sederhana hingga mendidih
Lepas blend kuah nampak pucat sikit, tapi jangan tambah kunyit pulak. Masukkan asam keping dan bunga kantan
Bila kuah sudah mendidih dia akan bertukar jadi warna kuning pekat, baru cantik warnanya kan.. Bolehlah masukkan ikan dan daun kesum gunakan api sederhana/kecil supaya kulit ikan tak mengelupas. Masak sebentar hingga ikan masak, boleh lah dihidang dengan nasi panas
Sunday, 19 January 2014
Baked Potato
Bahan-bahan
2 biji russet potato
Sedikit oregano
Sedikit black pepper
1 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar holland
1 keping dada ayam - cincang
Cheese
Cara-cara
Bersihkan kentang, belah dua - lumurkan dengan sedikit garam, black pepper dan oregano
Bakar dalam oven dengan suhu 180C lebih kurang 45-60 minit atau hinnga empuk
Sementara itu tumiskan bawang putih, bawang besar dan ayam. Perasakan dengan sedikit garam dan black pepper.
Setelah kentang empuk, korekkan isinya dan hancurkan. gaulkan ayam yang telah dimasak tadi dengan isi kentang. Masukkan semula bahan yang telah digaul dalam kentang dan taburkan cheese. Bakar lagi lebih kurang 10-15 minit hingga cheese cair
Sawi Jepun Sos Tiram
Bahan-bahan
Seikat sawi jepun/pakchoy
1 ulas bawang putih
Sedikit isi ayam ( hiris/cincang)
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap
1 sudu teh tepung jagung - dibancuh dengan air
Cara-cara
Sawi dibersihkan dan di tos.
Panaskan air dalam periuk, titiskan sedikit minyak dan sedikit garam
Bila mendidih, celur sawi dan susun dalam pinggan
Panaskan kuali, tumiskan bawang putih, setelah naik bau, masukkan sos tiram dan ayam, dan tuang sedikit air rebusan sawi tadi.
Masukan kicap, garam dan sedikit gula..
Tuangkan sos yang telah siap diatas sawi yang dicelur tadi.
Hiaskan dengan bawang goreng.
Tofu Lembut Stim
Bahan-bahan
1 paket tofu lembut
Sedikit udang kering
Sedikit black pepper
1 ulas bawang putih - dicincang
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh kicap cair
1/2 sudu teh minyak bijan
1/2 sudu teh tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
Daun sup dan bawang goreng untuk hiasan
Cara-cara
Panaskan kukusan, tofu dikeluarkan dari pack dengan berhati-hati dan dimasukkan dalam bekas tahan panas. Kukus selama 5 minit.
Sementara tunggu tofu masak, bolehlah siapkan sosnye.
Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau, masukkan udang kering.. Kacau sebentar, kemudian masukkan sos tiram, kicap pekat kicap cair & minyak bijan.
Kacau rata dan masukkan air
Setelah mendidih kecilkan api, masukkan bancuhan tepung jagung.. Kacau hingga kuah pekat, masukkan sedikit black pepper. Perasakan dengan garam dan gula.
Tuangkan sos yang telah siap di atas tofu yang telah masak. Hidangkan bersama bawang goreng dan daun sup
Subscribe to:
Posts (Atom)

