Showing posts with label Resepi Roti. Show all posts
Showing posts with label Resepi Roti. Show all posts

Tuesday, 27 January 2015

Roti Daging Berlapis Cheese

0 comments

Bahan-bahan

12 keping roti
3 biji telur ayam gred A
200ml susu segar
8 keping slice cheese

Inti Daging

300gm daging cincang
3 ulas bawang puting - cincang 
1 labu bawang besar - dadu
1 sudu teh lada hitam - ditumbuk halus
daun sup - hiris
garam dan gula

Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga kekuningan
Masukkan daging, masak hingga daging empuk
Kemudian masukkan lada hitam, garam dan gula secukup rasa
Setelah air daging kering dan empuk, tutup api masukkan daun sup dan biarkan sejuk seketika

Sediakan loyang/bekas pembakar
Sapukan butter pada loyang supaya tak melekat
Dalam bekas lain - masukkan telur, susu dan garam kacau hingga sebati
Ambil roti, celupkan dalam adunan susu dan telur tadi sekeping demi sekeping
Susun dalam loyang supaya jadi 1 lapisan
Kemudian taburkan inti daging tadi
Selepas itu, lapiskan pula dengan slice cheese
Ulang step yang sama sehingga roti habis
Balance susu curahkan dalam loyang tadi
Untuk lapisan terakhir taburkan inti daging dan kalau ada grated cheese bolehlah taburkan sekali

Bakar dalam oven dengan suju 170-180C selama 40-45minit


Thursday, 8 May 2014

Roti Jala

0 comments

Bahan-bahan

3 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 1/2 cawan air/susu segar/santan kelapa
sedikit kunyit/pewarna kuning

campurkan semua bahan (di blend)
biarkan adunan selama setengah jam sebelum menjala

Tuesday, 7 January 2014

Garlic Rolls

0 comments



Bahan-bahan untuk roti:

3 cawan tepung gandum/tepung roti
1 cawan air suam
2 sudu besar gula
2 sudu besar yeast
1 sudu teh garam
2 sudu olive oil

Cara-cara 

Masukkan yeast dan gula kedalam 1 cawan air suam tadi. Biarkan seketika




Dalam bekas lain, masukkan tepung dan garam, kemudian tuangkan air suam yang telah dicampurkan dengan yeast dan gula tadi sedikit demi sedikit. uli hingga jadi doh yang lembut.
Kemudian, campurkan olive oil, uli hingga doh menjadi elastik.
Tutupkan doh dengan tuala lembap yang bersih, rehatkan doh selama 45 minit
Doh akan naik sekali ganda





Setelah adunan naik, tumbuk2 doh dan uli sekejap
Kemudian bahagikan doh kepada 2 bahagian.
Gelek doh dengan kayu pencanai setebal 1/2 inci


Sapukan 1 sudu garlic butter spead diatas doh dan gulungkan






Potong sama lebar doh kepada 4 bahagian


Kita akan dapat 8 potongan doh
Susun doh dalam tray yang telah disapu dengan butter



Tutup semula doh dengan kain lembap, dan rehatkan semula selama setengah jam supaya doh naik sekali ganda lagi.
Kemudian sapukan garlic butter spread di atas doh tadi
Sapukan kuning telur pada permukaan doh



Bakar doh dalam oven pada suhu 170-180C selama 25-30 minit


Sedap dimakan bersama mushroom soup


Bahan untuk Garlic Butter Spread

50gm butter
2 sudu daun ketumbar (cincang)
5 ulas bawang putih (cincang)

Campurkan semua bahan2 diatas, biarkan pada suhu bilik
























Sunday, 15 December 2013

Roti Jala

0 comments



Bahan-bahan

3 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan air/susu segar
sedikit kunyit

campurkan semua bahan (di blend)
 
Copyright © Natasya Nadia
Blogger Theme by BloggerThemes | Theme designed by Jakothan Sponsored by Internet Entrepreneur