Sunday, 5 January 2014

Singapore

0 comments
Esoknya kami masuk semula ke Singapore, tapi kali ni naik bas berhenti-henti + MRT pulak. Harga tiket bas dari CIQ ke MRT Kranji - RM1/pax (naik mrt ke singapore city). Ada banyak company bas, tapi kami naik Causeway Link.

Dari Kranji kami ke Raffles Place.. Selepas tu kami ke Bugis street untuk beli souvenir & tshirt, kat sini murah sikit dari tempat lain.. Dari Bugis street kami ke Orchard road untuk shopping lagi.. hehe macam bawak duit banyak sangat jer kan.. Kat sini boleh la beli perfume murah2..












Cuti-Cuti USS

0 comments
Semangat ktorg semua bangun awal nak pergi USS. Dalam pukul 7.30 semua dah siap kami tunggu bas di bus stop area skudai. Bas jemput kami disini sebelum ambil penumpang lain di Larkin. Harga tiket masuk USS+tiket bas (return) RM180/pax. Kalau ambil bas pukul 8AM, nanti bas akan jemput semula di USS pukul 8PM.

Untuk 2 hari ke singapore ni aku tukar 200SGD lebih kurang RM500 (xsampai 500 pun sebenarnye)
















Kebetulan time ktorg pergi kat transformer ni tak ramai sangat org, jadi 2x kali ktorg ulang.. hehe
















Show dekat waterworld ni 2x sehari kalau tak silap, kul 10 pagi dengan 4 petang. kat sini dapat la tengok aksi2 macam dalam movie tu..










Memang puas hati la dengan apa yang kite dah bayar masuk USS ni..USS ni tutup pukul 7.. Sementara tunggu bas jemput semula malam tu, kami naik MRT ke VIVO city, cuci2 mata & rehat sekejap. Memang penat lepas seharian dok berjalan dalam USS ni, macam nak tercabut kaki.. huhu






Tart Buah

0 comments


Bahan2 tart shell

250gm tepung halus
60gm gula icing
125gm butter 
1 biji kuning telur - dipukul
1/2 sudu teh esen vanilla

Pukul butter dengan gula hingga kembang
Masukkan kuning telur, esen vanilla dan secubit garam, pukul lagi
Kemudian masukkan masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul guna tangan.
Rehatkan sekejap, selepas tu bolehlah masukkan ke dalam acuan tart.
Bakar dalam oven dengan suhu 180C selama 25 minit.
Sejukkan sebelum diisikan dengan filling, atau boleh lah disimpan dalam bekas kedap udara.

Bahan2 kastard

1 cawan susu segar/susu cair
1 1/2 sudu besar tepung kastard
1 1/2 sudu besar gula halus
1 sudu teh asen vanilla
1 sudu besar butter
secubit garam

Campurkan semua bahan2 di atas, masakkan di atas dapur.
Filling kan ke dalam tart shell tadi.
Boleh hiaskan dengan buah-buahan 


Saturday, 4 January 2014

Nasi Lemak Hijau

0 comments


Bahan-bahan Nasi Lemak

2 1/2 cawan beras
2 1/2 cawan santan
5 helai daun pandan (blender dengan 1/2 cawan air dan ditapis)
1 inci halia (hiris nipis)
1 sudu kecil garam dan gula

Bersihkan beras & toskan. Masukkan santan, air pandan yang telah ditapis, halia dan beras ke dalam rice cooker. Masukkan juga gula dan garam. Masak dalam rice cooker sehingga masak..



Sambal Ikan Bilis

Secawan ikan bilis
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1/2 inci halia
Sedikit gula melaka
5 sudu besar cili kering (kisar)
Sedikit air asam jawa

Blender bawang merah, putih dan halia dengan sedikit air.
Panaskan minyak masak, tumis bahan yang telah diblend. Kemudian masukkan cili kering. Masak hingga naik wangi & garing. Masukkan air asam jawa, gula melaka dan garam dan masukkan ikan bilis. Pastikan sambal ikan bilis naik minyak barulah ditutup apinya.

Boleh dihidangkan dengan bahan2 sampingan lain seperti telur rebus, kacang tanah, ikan bilis goreng dan timun
 
Copyright © Natasya Nadia
Blogger Theme by BloggerThemes | Theme designed by Jakothan Sponsored by Internet Entrepreneur