Sunday 5 January 2014

Tart Buah



Bahan2 tart shell

250gm tepung halus
60gm gula icing
125gm butter 
1 biji kuning telur - dipukul
1/2 sudu teh esen vanilla

Pukul butter dengan gula hingga kembang
Masukkan kuning telur, esen vanilla dan secubit garam, pukul lagi
Kemudian masukkan masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul guna tangan.
Rehatkan sekejap, selepas tu bolehlah masukkan ke dalam acuan tart.
Bakar dalam oven dengan suhu 180C selama 25 minit.
Sejukkan sebelum diisikan dengan filling, atau boleh lah disimpan dalam bekas kedap udara.

Bahan2 kastard

1 cawan susu segar/susu cair
1 1/2 sudu besar tepung kastard
1 1/2 sudu besar gula halus
1 sudu teh asen vanilla
1 sudu besar butter
secubit garam

Campurkan semua bahan2 di atas, masakkan di atas dapur.
Filling kan ke dalam tart shell tadi.
Boleh hiaskan dengan buah-buahan 


0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © Natasya Nadia
Blogger Theme by BloggerThemes | Theme designed by Jakothan Sponsored by Internet Entrepreneur