Saturday, 18 January 2014

Seri Muka

0 comments

Bahan-bahan

1 biji kelapa parut - perah santan untuk dapatkan 200ml santan pekat (lapisan atas) dan 300ml santan cair (pulut)



Lapisan Pulut

300gm beras pulut - basuh dan rendam 3 jam (toskan)
300ml santan cair
2 helai daun pandan - disimpul
1 sudu kecil garam

Satukan semua bahan di atas, kukus hingga pulut jernih selama 30 minit. Setelah 15 minit bolehlah kacau supaya pulut masak rata.
Masukkan pulut yang telah masak ke dalam loyang 8x8 yang telah disapukan sedikit minyak dan di alas dengan plastik
Tekan pulut supaya mampat dalam loyang sementara masih panas
Kukus semula lebih kurang 5 minit sementara adunan sekaya dimasak secara double boiler.





Lapisan Atas

2 biji telur saiz A
100gm gula
200ml santan pekat
20 helai daun pandan + 100ml air (blend & tapis untuk dapatkan air pandan)
Secubit garam
6 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung beras

Cara-cara

Satukan semua bahan diatas, kacau sebati dengan menggunakan hand whisk supaya tidak berketul
Dengan menggunakan kaedah double boiler, kacaukan adunan yang telah sebati tadi hingga sedikit pekat
Tuangkan di atas lapisan pulut tadi.
Kukus hingga masak lebih kurang 30 minit
Potong setelah betul2 sejuk supaya potongan lebih kemas 



Siakap 3 Rasa

0 comments
 


Bahan-bahan 

1 ekor ikan siakap - dibersihkan dan lumur dengan garam, black pepper, tepung jagung (goreng)

3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai - dititik
1 sudu cili kisar
3 helai daun limau purut
1 sudu sos ikan
2 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
1 biji tomato - didadu
1/2 batang carrot - didadu
1/2 batang timun - didadu
sedikit nanas 

Cara-cara

Tumiskan bawang merah, bawang putih & halia yang telah dikisar. Setelah naik bau masukkan serai dan cili kering, tumis hingga garing.
Masukkan sos cili, sos tiram & sos ikan... Tambahkan sedikit air. Kemudian masukkan tomato, carrot, timun dan nanas. Perasakan dengan garam dan gula.
Tuangkan sos 3 rasa yang telah siap ke atas ikan siakap tadi.



Sunday, 12 January 2014

Talam Gula Merah

0 comments


1 biji kelapa parut - perah santan untuk dapatkn 3 cawan santan pekat dan 2 cawan santan cair

Bahan A


1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan air gula merah (1 1/2 cawan gula merah + 1/2 cawan gula pasir + 1 cawan air) dimasak dan disejukkan
2 cawan santan cair

Campurkan semua bahan dan tapis supaya tidak berketul.

Bahan B

1 1/2 cawan tepung beras
3 cawan santan
4 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh garam

Campurkan semua bahan dan tapis supaya tidak berketul.

Cara-cara

Sapukan minyak pada loyang. Kemudian masukkan adunan Bahan A tadi, kukus selama 15 minit
Lorekkan sedikit atas adunan A yang telah keras, masukkan pula adunan Bahan B. Kukus hingga masak lebih kurang 20 - 25 minit

Gunakan loyang 8x8

Tuesday, 7 January 2014

Garlic Rolls

0 comments



Bahan-bahan untuk roti:

3 cawan tepung gandum/tepung roti
1 cawan air suam
2 sudu besar gula
2 sudu besar yeast
1 sudu teh garam
2 sudu olive oil

Cara-cara 

Masukkan yeast dan gula kedalam 1 cawan air suam tadi. Biarkan seketika




Dalam bekas lain, masukkan tepung dan garam, kemudian tuangkan air suam yang telah dicampurkan dengan yeast dan gula tadi sedikit demi sedikit. uli hingga jadi doh yang lembut.
Kemudian, campurkan olive oil, uli hingga doh menjadi elastik.
Tutupkan doh dengan tuala lembap yang bersih, rehatkan doh selama 45 minit
Doh akan naik sekali ganda





Setelah adunan naik, tumbuk2 doh dan uli sekejap
Kemudian bahagikan doh kepada 2 bahagian.
Gelek doh dengan kayu pencanai setebal 1/2 inci


Sapukan 1 sudu garlic butter spead diatas doh dan gulungkan






Potong sama lebar doh kepada 4 bahagian


Kita akan dapat 8 potongan doh
Susun doh dalam tray yang telah disapu dengan butter



Tutup semula doh dengan kain lembap, dan rehatkan semula selama setengah jam supaya doh naik sekali ganda lagi.
Kemudian sapukan garlic butter spread di atas doh tadi
Sapukan kuning telur pada permukaan doh



Bakar doh dalam oven pada suhu 170-180C selama 25-30 minit


Sedap dimakan bersama mushroom soup


Bahan untuk Garlic Butter Spread

50gm butter
2 sudu daun ketumbar (cincang)
5 ulas bawang putih (cincang)

Campurkan semua bahan2 diatas, biarkan pada suhu bilik
























Carbonara

0 comments

Bahan-bahan

1 labu bawang holland (dadu)
3 ulas bawang putih (cincang)
2 sudu bsr butter
2 keping dada ayam (hiris nipis)
Button mushroom (hiris)
Sausage (hiris)
Prego carbonara mushroom (klu nk buat sendri leh guna cream)
2 cawan susu segar
Oregano/italian mix herb
1 helai bay leaf
1 sudu teh black pepper
Parmesan cheese
Pasta (rebus mcm biasa - letak sikit minyak dan garam kemudian toskan)

Cara-cara

Cairkan butter, tumiskan bawang putih hingga kekuningan.. kemudian masukkan bawang holland yang didadu tadi.
Masukkan ayam yang telah dihiris, kacau hingga sedikit masak, kemudian masukkan sos carbonara.
Selepas itu masukkan sausage dan button mushroom.
Gaul rata, bila nampak agak pekat masukkan susu segar sidikit demi sedikit hingga berkrim (tak terlalu pekat atau cair).
Kemudian masukkan oregano, bay leaf, black pepper dan permesan cheese.
Perasakan dengan sedikit garam (agak2 sebab cheese dah masin)
Hidangkan bersama pasta tadi. hiasan boleh la gunakan daun parsley (tapi pokok parsley aku dah mati so hentam daun sup jer hehe) 





Monday, 6 January 2014

Celebrate hari lahir & family gathering

0 comments
Memandangkan ramai yang cuti panjang dari christmas sampai ke new year baru2 ni, aku, sepupu sepapat, pakcik2 & makcik2 pun plan la nak balik kampung kat mentakab.. alang2 dah ramai2 dapat berkumpul tu, ktorg plan nak celebrate birthday untuk sesape yang lahir bulan oct-jan & buat bbq.

Bukan senang nak berkumpul ramai2 kalau takde kenduri atau hal2 penting, nak2 pulak atuk & nenek dah lame takde.. jadi rumah kat kampung ni memang tinggal kosong jer.


Pecan Heaven Butterscotch Cake


Walaupun dah banyak kali tanya kalau2 ada nama yang tertinggal, still ade jugak yang tertinggal..tak dapat lah nak letak papan tanda name korang.. :)
mintak maaf lah yer kepada nama2 yang tertinggal tu.. 

Puding Raja


Puding raja yang marvellous ni wajib.. cousin tempah dekat kuantan

Karipap King Cheese 


Karipap king cheese ni pulak cousin yang duduk bukit bendera bawak, kalau ade sesape yang teringin boleh la pergi kedai die dekat bukit bendera mentakab (shampuff). Die jual frozen food (karipap, samosa, temosa, kuih kacang, popia etc)

Kambing Bakar + Black Pepper Sos


Satay Zul


Satay ni pulak tempah dekat Satay Zul kuantan, ktorg cume bakar jer... ade orang teringin, jauh ktorg ni tempah satay kn.. orang2 kuantan tau la satay yang hot ni.. hehe

Rainbow Cake


Rainbow kek ni pulak cousin yang buat atas permintaan

Tomyam Campur


Tomyam ni makcik aku buat.. bising die dah last minit baru mintak die masak.. hehe

Coleslaw



Coleslaw ni aku yang buat.. hentam ajer....

1 biji kubis beijing
1/2 batang carrot
1 botol lady's choice coleslaw
1/2 tin susu cair

Potong dadu kubis & carrot. campurkan semua bahan2 perasakan dengan sedikit garam & gula. Simpan dalam peti sejuk sekurang2nya 4 jam.

Ikan Talapia Bakar



Ikan talapia ni pulak bakar jer.. Kat temerloh ni senang nak cari ikan talapia atau ikan patin, pergi jer dekat tepi sungai pahang tu ade banyak sangkar2 ikan, boleh beli direct kat situ..
Ikan ni takde perap beria pun, letak garam, kunyit & blackpepper. pastu cicah dengan air asam... memang sedap ikan pulak fresh kan.. 20ekor ikan ni sekejap jer abes..

Air asam 

Asam jawa
Bawang besar
Cili padi
Tomato
Serai
Belacan
Gula & garam

Bahan2 tu agak2 je la sukatannye... asam jawa dicampurkan dengan air suam untuk dapatkan pati (buang biji). masukkan belacan bakar yang telah dihancurkan bersama cili padi, serau yang dihiris, bawang besar & tomato yang dipotong dadu. perasakan dengan gula dan garam.

Ayam BBQ


Ayam bbq ni pulak aku, mak n makcik aku yang siapkan.. awal aku g pasar pagi tu sebab 8ekor ayam punye pasal.. ni perap dengan knorr bbq sos, halia, kicap manis, sedikit sos tiram, black pepper, madu & lemon juice.... rentung ayam2 ni bile lelaki2 yang membakar..






Laksa

0 comments


Asalnye tak tau nak masak ape, tapi memandangkan baru lepas bersihkan laman depan rumah tu, banyak sangat pulak daun kesum, dah merimbun jadi semak pulak.. dok pikir2 ape lah nak buat dengan daun banyak2 ni..

 ni suku je la, bagi mak, bagi kawan sikit...



Bahan-bahan

1 bungkus laksa
1kg ikan kembung
2 sudu cili kering (yang telah diblend)
*3 ulas bawang merah
*1 labu bawang besar
6 keping asam keping (gelugur)
Daun kesum
1 batang bunga kantan
*Sedikit belacan

Cara-Cara

Ikan dibersihkan, kemudian rebus ikan dengan 6 keping asam gelugur (air menutupi ikan)
Setelah ikan masak, asingkan isi dengan tulang (air rebusan jangan buang)...
Blend isi ikan dengan bahan2 bertanda *
Masukkan isi ikan dan bahan2 yang telah di blend tadi ke dalam periuk. Masukkan juga air rebusan ikan tadi, cili kering (kisar), daun kesum, bunga kantan dan asam gelugur.
Masak dengan api sederhana, pastikan kuah tidak terlalu cair atau pekat.
Hidangakan bersama bahan2 sampingan lain.


Bahan-Bahan Sampingan/ulaman

1 labu bawang besar
1 biji timun
Limau kasturi
Daun pudina (kalau suka)
Daun selum
Salad
Telur rebus

*pakai ape yang ade kat rumah jer.. malas nak beli hehe




 
Copyright © Natasya Nadia
Blogger Theme by BloggerThemes | Theme designed by Jakothan Sponsored by Internet Entrepreneur