Wednesday, 15 October 2014
Salad
Kemalasan melanda... tinggal sorg2 kat rumah memang takde la nk masak nasi.. ni jela paling cepat & senang nk buat
Bahan-bahan
Butterhead lettuce - potong kecil
1 keping meatloaf - pan grill hingga masak/garing
1 keping cheese
1 sudu lemon jus
1 sudu olive oil
Mayonis
Thousand island
Croutons (sy takde stok ni)
Campurkan semua bahan dan gaul rata
Thursday, 9 October 2014
Projek tanam rumput mutiara
Selepas seminggu - dh mula hijau |
Berbulan-bulan baru settle masalah rumput ni... buat bila ada masa jer, memang makan masa la kn...
alhamdulillah akhirnye siap jugak.. puas hati dapat tengok laman yang menghijau..
Kalau tak, asal hujan jer habis berlumpur dekat porch kadang2 kene kat kereta
Sebelum (baru bersihkan separuh kawasan)
Selepas susun rumput
Nasi Dagang
Bahan-bahan
2 cawan beras biasa
1/2 cawan beras pulut
1 cawan santan cair
1 - 1 1/2 cawan santan pekat
1 sudu besar halba
1 inci halia - hiris nipis
3 ulas bawang merah - hiris
garam
gula
Cara-cara
Beras dicampur dengan beras pulut (rendam 8 jam atau semalaman)
*kalau tak sempat 2-4 jam pun ok
Kukus beras yang telah dicampur tadi selama 20 minit
Angkat dan gaulkan dengan santan cair (campurkan sedikit garam dan gula) hingga rata, biarkan seketika hingga meresap. Kemudian masukkan lagi santan cair, buat hingga habis.
Kukus semula selama 20 minit lagi, setelah siap angkat nasi masukkan santan pekat dan gaulkan hingga rata. Jika nasi sudah elok lembut tak perlu habiskan santan pekat
Hidang bersama gulai ikan tongkol dan acar (sy takde rempah gulai nasi dagang, jadi buat kari ikan tenggiri jer)
Saturday, 7 June 2014
Laksa Johor
Bahan-bahan
1 kg ikan parang/tenggiri/kembung
100gm udang basah
50gm udang kering
10gm isi ikan kurau masin - dibakar
spaghetti - direbus
Bahan Kisar
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
2 batang serai
2 keping asam gelugur
Santan dari 1 biji kelapa
2 sudu besar kerisik
4 sudu besar rempah kari ikan
Bahan Sampingan
10 biji limau kasturi
1 biji timun
Tauge kasar
2 biji bawang besar
2 biji cili merah dan hijau
Daun kesum dan daun selasih - hiris halus
Sambal Belacan
6 biji lada merah
30 gm belacan bakar
1 biji bawang merah
Garam
Cara-cara
Rebus ikan, udang, udang kering dan ikan kurau masin yang telah dibakar tadi.
Kemudian, asingkan tulang ikan.. Blend isi ikan, dan semua bahan2 yang direbus tadi dengan air rebusan.
Pastikan air rebusan tidak terlalu banyak supaya kuah tidak terlalu cair
Tumiskan bahan-bahan kisar (bawang, serai etc) hingga naik bau. Kemudian masukkan rempah kari yang telah dicampur sedikit air (jadikan pes). Tumis hingga pecah minyak, kemudian masukkan ikan dan udang yang telah diblend tadi. setelah sedikit rata, masukkan kerisik, santan serta asam keping. perasakan dengan garam dan gula.
Wednesday, 4 June 2014
Bunga Mandevilla
Masa 1st time tengok nursery online jual bunga ni, hati memang terus tertarik nak dapatkan jugak bunga ni..
Kebetulan minggu tu nak pergi cameron highlands, so kuatkan hati taknak beli online... tapi bila sampai sane, pusing 1 cameron cari orang jual bunga ni 1 pun takde.. ade la tinggal sepokok kat mardi tapi pokoknye macam dah nak mati jer..
Balik jer dari cameron terus mintak husband belikan.. dari nak 1 pokok jer mula2, terbeli 3 pokok.. hahaha
ni la bunga2 yang dah kembang.. comel kn, semangat nak beli sebab teringin nak bagi die memanjat kt pagar/pergola kt rumah baru nanti...
Mandevilla ni memang tahan panas, ni pun salah 1 sebab wajib beli.. kat rumah tu, memang full sun, tak dapat nak tanam pokok2 yang sensitive nanti mati pulak....
Mandevilla pink double petals
Mandevilla merah
Mandevilla putih dan merah
Thursday, 8 May 2014
Roti Jala
Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 1/2 cawan air/susu segar/santan kelapa
sedikit kunyit/pewarna kuning
campurkan semua bahan (di blend)
biarkan adunan selama setengah jam sebelum menjala
Monday, 5 May 2014
Saturday, 22 March 2014
Monday, 10 March 2014
Pokok Mulberry
Keratan batang mulberry yang baru dicucuk minggu lepas dah keluarkan pucuk dan buah.
tanah dalam pasu tu ditutup dengan daun anggur supaya tanah tak terkeluar semasa siram dan juga untuk kekalkan kelembapan tanah..
tanah dalam pasu tu ditutup dengan daun anggur supaya tanah tak terkeluar semasa siram dan juga untuk kekalkan kelembapan tanah..
Wednesday, 5 March 2014
Paprik
Bahan-bahan
2 keping dada ayam - dihiris nipis
3 ulas bawang putih -diketuk
1 ulas bawang putih, 3 ulas bawang merah & 1/2 inci halia - dikisar
2 sudu cili kisar
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu teh sos ikan
sedikit gula kabung
sedikit black pepper
1 batang serai diketuk
1 hiris lengkuas
5 helai daun limau purut
sedikit bunga kobis
1/2 batang lobak merah
3 batang kacang panjang
1 biji tomato- dibelah 4
Cara-cara
Panaskan minyak, tumis bawang putih.. setelah naik bau masukkan bawang-bawang dan halia yang telah dikisar tadi.
Kemudian masukkan serai, lengkuas dan cili kisar.
Setelah cili garing masukkan sos cili, sos tiram dan sos ikan dan gula kabung, kemudian masukkan ayam.
Setelah ayam sedikit masak masukkan pula 1 cawan air dan sedikit black pepper. Bila kuah mendidih dan ayam telah masak, bolehlah masukkan bunga kobis, lobak merah dan kacang panjang.
gaul rata, masukkan garam secukup rasa.
Kemudian masukkan tomato dan daun limau purut.
Tutup api, dan boleh lah dihidang dengan nasi panas
Saturday, 1 March 2014
Homemade Kaya Pandan
Bahan-bahan
3 biji telur grade A
250gm gula pasir
350ml santan - setengah biji kelapa parut
10-15 helai daun pandan ikut saiz - blend utk dapatkan pati
Cara-cara
Blend daun pandan dan kelapa parut dengan 350ml air.. Tapis dan ketepikan
Pukul telur dan gula dengan whisk hingga sebati (tidak terlalu kembang) - boleh juga gunakan blender
Satukan semua bahan tadi dalam periuk dan masak dengan api sederhana dengan cara double boiler
Kacau selalu supaya kaya tidak berketul ketul
Masak hingga kaya pekat, atau ikut kepekatan citarasa sendiri
Setelah kaya betul-betul sejuk baru masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk
Daun pandan ni kecik2 sket daunnye, jadi guna 15 helai
Ni double boiler caraku.. hehe periuk yang diisi air sebelah bawah, mangkuk steel sebelah atas...
Pais Ikan Patin
Bahan-bahan
1 ekor ikan patin - ni kerat 2 sebab besar sangat*1/2 inci kunyit hidup
*12 biji cili api
*4 sudu tempoyak
2 tangkai daun kesum
1 helai daun kunyit
3 helai daun kaduk
1/2 kuntum bunga kantan
sedikit garam & gula
daun pisang & aluminium foil untuk membungkus ikan
Cara-cara
Blendkan semua bahan yang bertanda * dengan sedikit air (1/2 cawan air)
Hiriskan halus daun kesum, daun kunyit, daun kaduk & bunga kantan
Gaulkan dengan bahan yang diblend tadi
Ratakan pada ikan dan bungkus dengan daun pisang & aluminium foil
Bakar hingga masak (lebih kurang setengah jam)
*takde gambar dah masak sebab xsempat nak snap lagi ikan dah kene makan.. :)
Tanam Daun Sup, Sawi & Celery
Daun sup ni tanam lebihan dari buat bergedil haritu.. ni letak dekat tepi sink jer, nak letak dekat luar panas sangat
Celery ni nampak dah hijau sikit, aritu dah kuning duduk dalam peti.. ni saje2 try n error jer, harap2 hidup ler nanti..
Anak sawi yang baru bercambah, semai dalam sarang telur plastik jer..hehe
Benih beli dari kebun bahagia
Sunday, 23 February 2014
Kam Heong Ayam
Bahan-bahan
3 ketul ayam - dipotong kecil
1 sudu kecil udang kering - direndam
3 ulas bawang putih - dicincang
1 biji bawang besar - hiris
1 batang serai - dihiris
1 tangkai daun kari
8 biji cili api - dipotong
2 sudu sos tiram
3 sudu kicap pekat manis
1/2 sudu kecil tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
sedikit lada hitam
Cara-cara
Tumiskan bawang putih hingga naik bau. Masukkan udang kering, masak hingga sedikit garing. Kemudian masukkan serai, sos tiram dan kicap. Masak sekejap dan masukkan ayam.
Setelah ayam masak, masukkan lada hitam, cili api, bawang besar dan daun kari. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air tadi. Sedap dimakan panas
Pokok Baru di Laman - Blackberry, Avocado, Bunga Telang & Tomato
Dah lame mencari pokok ni aritu dekat mardi cameron takde stock, akhirnye dapat jugak.. Balik keje minggu lepas terus pergi rumah pakcik ni beli pokok blackberry ni.. ikut hati nak beli pokok granny smith apple & raspberry sekali.. tapi mahal sangat, nanti2 lah pulak kan.. Harap2 boleh membesar & berbuah la nanti.. :D
Biji avocado ni semai sendiri dari buah yang beli dekat tesco.. dah 4 minggu baru akar yang keluar, pucuk belum muncul lagi. ni berangan nak tanam depan rumah ni, biase orang letak pokok mangga, aku nak letak pokok avocado.. hehe
Anak pokok bunga telang berlapis (double petals) RM1-10biji ni beli dari blog Jual Biji Benih. dari 10 biji benih ade 6 yang bercambah. Yang ni tak berapa ingat pulak hari ke berapa, kalau tak silap seminggu kot..
Tomato ni sebenarnye tumbuh dalam longkang... aritu campak buah tomato ceri kat tepi tu, tak sangka pulak tumbuh dalam longkang... biar jer la
Bunga Ros
Yang merah ni Lavaglut Rose
Ni pulak Passionate Kisses Rose
Ni tak pasti nama die pink fairy kot... huhu
Ni pulak Passionate Kisses Rose
Ni tak pasti nama die pink fairy kot... huhu
Yellow Golden Fleece
Tuesday, 18 February 2014
Tomyam Bersantan
Bahan-bahan
250gm udang - dibersihkan
250gm sotong - dibersihkan
Cendawan tiram
2 sudu besar cili kisar
10 ulas bawang merah - kisar
10 ulas bawang putih - kisar
Akar ketumbar - diketuk
10 biji padi - diketuk
2 batang serai - diketuk
4 hiris lengkuas
4 hiris halia
4 helai daun limau purut
2 cawan santan + 1 cawan air
1 biji bawang besar - belah 4
2 biji tomato - belah 4
3 sudu besar jus limau nipis
4 tangkai daun ketumbar
sedikit serbuk lada hitam
garam dan gula
Cara- cara
Panaskan minyak, tumis bawang hingga naik bau, kemudian masukkan cili kisar
Setelah pecah minyak, masukkan serai, lengkuas, cili padi dan daun limau purut
Kacau sebati dan masukkan santan, setelah mendidih masukkan udang, sotong, cendawan tiram, bawang, tomato, garam, gula dan sedikit black pepper
Tutup api, masukkan jus limau nipis dan daun ketumbar
Saturday, 15 February 2014
Potato Cheese Balls
Cheezy Balls sebelum disalut breadcrumb |
Cheezy Balls yang telah disalut breadcrumb |
2 biji russet potato - apa2 kentang pun boleh, russet besar jadi 2 biji pun da 500gm
Cheese - potong kiub (sy guna cheddar)
1 biji kuning telur
1/2 sudu teh garam
sedikit lada sulah
1 sudu unsalted butter
2 sudu besar susu tepung
Putih telur
Breadcrumb - sy guna warna oren
Cara-cara
Bersihkan kentang, potong bentuk wedges kemudian goreng hingga masak. (kalau nak rebus/kukus pun boleh)
Lenyek kentang hingga halus semasa masih panas.
Setelah sejuk, masukkan garam, lada sulah, susu tepung, unsalted butter dan kuning telur.
uli adunan hingga rata.
Ambil sedikit adunan ikut saiz yang dikendaki.. Leperkan, masukkan kiub cheese dan bentukkan bebola.
Masukkan bebola ke dalam breadcrumb dan golek-golekkan, masukkan pula dalam putih telur.. Selepas itu masukkan semula ke dalam breadcrumb supaya breadcrumb betul2 melekat pada bebola kentang cheese tadi.
Goreng dalam minyak yang telah dipanaskan dengan api sederhana hingga masak. Potato cheese balls ni goreng tak boleh lama sangat nanti kentang merekah dan cheese meleleh keluar.
Talapia Goreng Berlada
Bahan-bahan
1 ekor ikan Talapia - dibersihkan dan lumur dengan garam, kunyit, black pepper, tepung jagung (goreng)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai - dititik
3 sudu cili kisar
3 helai daun limau purut
1 sudu sos ikan
1 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
Cara-cara
Tumiskan bawang merah, bawang putih & halia yang telah dikisar. Setelah naik bau masukkan serai dan cili kering, tumis hingga garing.
Masukkan sos cili, sos tiram & sos ikan... Tambahkan sedikit air, masukkan daun limau purut. Kemudian perasakan dengan garam dan gula.
Tuangkan sos yang telah siap ke atas ikan talapia tadi.
Tauhu Lembut Kukus
Bahan-bahan
1 paket tofu lembut
1 sudu kecil udang kering
Sedikit black pepper
1 ulas bawang putih - dicincang
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh kicap cair
1/2 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
Daun sup dan bawang goreng untuk hiasan
Cara-cara
Panaskan kukusan, tofu dikeluarkan dari pack dengan berhati-hati dan dimasukkan dalam bekas tahan panas. Kukus selama 5 minit.
Sementara tunggu tofu masak, bolehlah siapkan sos
Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau, masukkan udang kering.. Kacau sebentar, kemudian masukkan sos tiram, kicap pekat kicap cair & minyak bijan.
Kacau rata dan masukkan air
Setelah mendidih kecilkan api, masukkan bancuhan tepung jagung.. Kacau hingga kuah pekat, masukkan sedikit black pepper. Perasakan dengan garam dan gula.
Tuangkan sos yang telah siap di atas tofu yang telah masak. Hidangkan bersama bawang goreng dan daun sup
Subscribe to:
Posts (Atom)