Wednesday 18 December 2013

Cuti-cuti Bali - Day 2

Untuk Bali ni, aku pilih Pak Isme sebagai supir kami untuk 2 hari full day. Sehari kosnya hanya IDR350,000 untuk suzuki APV jadi untuk 2 hari full day cuma 700,000.. Recommend untuk sesape yang nak cari supir di Bali. 

Isme Bali Tour

+6208130386104174
https://www.facebook.com/isme.tour?fref=ts

Kami punya itenerary untuk 2 hari ni, atas perbincangan aku dengan Pak Isme.. kalau ikutkan nak pergi pura ulun danu-danau bratan & jati luwih.. tapi tak sempat, sebab laluan die lain.. lagi pun kami ade 2hari jer untuk jalan2...

next time kene masukkan dalam itinerary list
ulun danu-danau bratan
jati luwih
tengok dolphin dekat lovina
water blow - nusa dua (ni bukan tak sempat, dah semput tak larat nak pergi ari panas & kene jalan kaki dekat 500m dari tempat parking kereta. kalau nak pergi better sebelah pagi 8am-9am ombak pun tengah bsr time ni)

Kuta Beach

Pagi-pagi lagi ke pantai.. macam nak pergi jogging pulak..






Tugu Peringatan Mangsa Bom di Bali




Bali Painting

Agak mahal, tapi katanya kalau beli dari painter2 mahal sikit sebab guna cat yang berkualiti..
aku tak beli pun kat sini, sebab cousin dah bagi tau kalau nak painting beli dekat Pasar Sukawati. so survey2 la dulu agak2 jenis yang macam mana berkenan, nanti boleh compare harge






Tegalalang

Kemudian kami ke tegalalang, sawah padi bertingkat-tingkat... tapi nasib tak berapa baik sebab baru lepas musim menuai.. takde la nampak hijaunye




Kopi Luwak

Selepas tu singgah di Kopi Luwak Alam Bali









yang free ni xtermasuk kopi luwak
 Dalam banyak2 coffee ni, aku paling suka vanilla coffee


Kintamani

Kami lunch ni Batur Sari, Kintamani.. harga, tak ingat dah berapa dia kira per pax sebab hidangan buffet









Tirta Empul, Tampak Siring

Dalam perjalanan turun dari kintamani, kami singgah di tirta empul











souvenir kat sini mahal, jangan pergi kalau diorg tarik tangan ajak tengok2 dulu

Pasar Seni Sukawati

Kalau nak beli painting murah boleh la beli kat sini.. kalau yang abstract saiz besar boleh dapat dalam RM30 jer satu.. yang kecik2 lagi murah.. kat sini memang aku borong habis painting2.. dari abstract, pemandangan, bunga kemboja.. macam2 lagi la..

ade jugak jual baju, souvenir... aku tak survey pun berapa harga kat sini  










0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © Natasya Nadia
Blogger Theme by BloggerThemes | Theme designed by Jakothan Sponsored by Internet Entrepreneur